supporters

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Cinemagraph, The New Era Of 'Photography'?

Salam,

Baru-baru ini 'cinemagraph' telah menjadi isu hangat kepada dunia grafik. Apakah itu cinemagraph?
Pernahkah anda menonton filem 'Harry Potter' dan melihat gambar-gambar yang ada di dalam suratkhabar dari dunia magik mereka yang 'bergerak'? Contoh terbaik yabng saya ingat ialah gambar watak SIRIUS BLACK yang di dalam filem "Harry Potter : Prisoners Of Azkaban"

Teknik 'Cinemagraph' ini dipopularkan oleh Jamie Beck. Anda boleh cuba Google mengenainya sendiri :)

Saya pun teruja dengan dengan teknik ini kerana jika dibandingkan dengan animasi GIF yang biasa, seperti langit dan bumi.
Cinemagraph kelihatan sungguh artistik. Anda boleh melihat hasil-hasil yang mengagumkan di www.cinemagraphs.com

Dipendekkan cerita, saya terus mencari 'tutorial' mengenai 'cinemagraphs' dan selepas beberapa ketika, saya sudah berada pada tahap 'masking' berpuluh-puluh 'layers' dengan menggunakan perisian Photoshop.
Selepas mencuba teknik ini barulah saya menyedari 'limitation' pada komputer yang saya gunakan.
Untuk menghasilkan 'cinemagraph', kita harus 'bermula' dengan komputer yang mempunyai keupayaan memproses yang tinggi.

Walaubagaimanapun saya berjaya menghasilkan satu 'cinemagraph' dan akan cuba menghasilkan lebih banyak selepas meng'upgrade' komputer :)





Apakah jenis komputer yang perlu saya dapati? Ada cadangan?


Tutorial 01 & 02

1 comment:

BuDakHutaN said...

yup, satu idea yang mnearik. Mahu mencuba Cinemagraph nanti...