"Cuba Test Try Umbal Kinam"
Salam.
Wah mau tiga minggu tiada update untuk photoblog ni. Ini pun saja meng'update' for the sake of meng'update' (whatever that means)
Selepas membaca beberapa forum tutorial dan blog-blog photography, saya dapati untuk melangkah lebih jauh dengan 'hobi' ini, saya kena serius dengan hasil kerja saya. Memang banyak ilmu yang saya dapati daripada bloghopping dan tutorials. Terima kasih.
Salah satunya, kalau anda mau utilize hobi photography anda untuk menjana wang, anda kena belajar dulu selok-beloknya. Tak boleh lah start sesuatu tanpa perancangan, ambil kira survey, risiko dan sebagainya. Kena ada pendapat daripada orang lain, baru la bernas.
Salah satu daripada 'steps' tersebut ialah 'trademark'.
Saya nampak ramai photographer yang mencari-cari trademark tersendiri. Ini penting bagi pelanggan yang mementingkan kelainan.
Setakat ini, saya ada nampak trademark-trademark photographer local yang tersendiri dan unik. Ada yang sukakan vignettes, hampir semua gambar yang diambil mempunyai efek tersebut. Ada yang sukakan warna-warna garang, ada yang sukakan gambar yang kelihatan 'over exposed' tapi cantik!
Ada yang sukakan angle-angle mengancam! Ada yang suka menggunakan close up untuk setiap gambar. Ada yang suka exaggerate cahaya pada mata dan macam-macam lagi.
Pada saya, semuanya unik. Sampai ada yang terang-terangan mengenepikan Rules Of Third, tapi gambar yang diambil sangat unik.
Bagi diri saya sendiri, mungkin belum ada trademark lagi. Entahlah. Mungkin juga ada tapi tidak disedari. Kadang-kadang trademark ni bukan disengajakan, tetapi pasal 'kestatikan'. Itu cerita lain la pulak.
Yang keduanya ialah 'branding'.
Untuk photoblog ini saya gunakan imej 'Cicak' iaitu imej 'alter-ego' cyber saya yang sudah digunakan sejak saya mengenal Internet! Ada lah cerita tu. Nanti lain kali saya ceritakan.
Bila saya cantumkan 'Cicak' dengan 'photography', saya ambil satu perkataan yang sinonim dengan photography iaitu 'lens' lalu ia menjadi 'Cicak Lens'. Kalau dalam Bahasa Melayu (BM) mungkin akan menjadi 'Lensa Cicak'. Ganjil betul bunyinya.
Sebenarnya saya mau gunakan perkataan alternatif untuk 'cicak' iaitu 'gecko' (Bahasa Inggeris) dan pernah terfikirkan 'brand names' seperti 'GeckoStudio' dan 'GeckoPhotos'. Tapi malangnya ada makhluk Tuhan yang lebih awal memikirkan perkataan tersebut dan menggunakannya sebagai URL blogspot.
Mana boleh pakai yang sama kan? Nanti tersasul blog pulak.
Oleh itu saya cuba gunakan nama saya sendiri sebagai brand. Seperti photographer-photographer di luar sana seperti Louis Pang, Benny Liew, Jollence Lee (sekadar memetik beberapa nama) etc. Mereka gunakan nama sebenar untuk dijadikan 'brand'. Sebenarnya itu satu langkah yang sungguh tinggi risikonya.
Yalah, kalau ada problem, mesti si empunya nama yang menghadapi risiko nama disebut-sebut. Bagus untuk bisnes dan dalam masa yang sama, berisiko tinggi.
Dan saya cuba mengambil risiko itu. Oleh itu saya perkenalkan, photoblog alternatif saya (yang lebih serius) yang menggunakan nama sebenar saya, http://adamCLT.blogspot.com. Buat masa ini, 'menumpang' di blogger.com / blogspot ni dulu lah. Hehehe. Sudah free kan, pakai saja la. 
Oh dan 'steps' seterusnya saya akan cuba sampaikan di 'entries' yang akan datang.
All the best!
P.S: Tahukah anda, 'cicak' dalam bahasa Dusun (dan Kadazan) juga dikenali sebagai 'gontulak', 'sosok', 'bolitotok', 'pokozok', 'mentui' dan macam-macam lagi. Banyak pula istilah ni. Haha











