supporters

I Love Content-Aware

Salam,

Selalunya saya akan 'bragging sambil merendah diri' (entah la apa maksud tu) apabila kawan-kawan bertanyakan 'apa imej processing software yang ko pakai?'
Ya lah, kan sebagai pengguna ICT yang tegar, kita hendak lah sentiasa 'updated' dengan perisian-perisian yang kita ada walaupun ianya pirated

Selama beberapa tahun, saya menggunakan perisian Adobe (sebut betul2, 'Ah-do-bee') Photoshop CS3 Extended yang di'bundle'kan dengan Adobe Design Premium. Perisian tersebut saya dapati ketika kursus fotografi yang dianjurkan oleh Institut Perguruan Keningau.

Kemudian apabila saya menghadapi masalah dengan laptop saya baru-baru ini, saya dengan berat hati telah 'memformat'nya lalu 'upgrade' ke Windows 7. Selama ini saya hanya menggunakan Vista Home Edition yang 'preloaded' dengan laptop ini. (Ini pun laptop warisan dari kakak ni hehe)

OK malas mau cerita panjang-panjang, apabila saya ingin 'setup' semula Adobe Design Premium dengan Photoshop CS3, nampaknya 'setup files' tersebut telah pun dijangkiti 'kuman' yang bernama W32/Sality.Y yang sangat bedebah.

Oleh itu, saya pun beralih la ke 'Photoshop CS5'. Dan sekarang, saya gembira kerana feature CS5 yang hanya saya lihat melalui video-video Youtube sudah pun saya alami iaitu 'Content Aware'. Apa itu 'Content Aware'?

Sila lihat apa yang 'Content Aware' boleh lakukan pada gambar anda. Contohnya gambar yang saya ambil semasa sesi 'TT' dan 'Camera Walk' bersama kawan-kawan 'Tambunan Photographers' di TVRC, Tambunan, Sabah (ini kampung saya ni) baru-baru ni.

Feature 'Content Aware' Adobe Photoshop CS5 memudahkan kerja anda!

BEFORE
straight from camera, warna 'dull', group photo yang agak 'busy' dan banyak elemen yang 'distracting'

AFTER
wayar letrik, tiang letrik, couple di belakang dengan tiang lampu 'dihilangkan', gambar diberi 'warna-warna ceria' 

2 comments:

chegu carol said...

yg tu mau kasi clone out tu unnecessary elements di belakang tu lah yg sa paling mau belajar ni...

cicak said...

Pakai clone stamps tu Kay, tapi kalau pakai CS5, skijap saja ni. Dia otometik 'pikir' apa mo letak sana. Tapi tida la 100% precise kunun