supporters

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Saiful Nang Seminar, UMS Kota Kinabalu, Sabah

Salam,

Baru-baru ini saya ada menyertai seminar Saiful Nang yang bertajuk "Halatuju Perniagaan & Pembangunan Kerjaya dalam Fotografi" yang bertempat di Teater Ahmad Nisfu, Sekolah Seni dan Persembahan, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Lebih 80 orang telah menghadiri seminar tersebut dan saya secara peribadinya (sekali-lagi) telah 'terbuka mata', 'inspired' dan mendapat 'anjakan paradigma' hasil daripada seminar ini. Seminar ini juga disertakan dengan penjualan buku "SNDROM".

Saya amat tertarik dengan apa yang dikatakan oleh beliau tentang persepsi masyarakat mengenai 'photographers', bagaimana profession itu dipandang rendah dan bagaimanakah kita boleh memartabatkannya?

Jangan anggap memiliki kamera telah menjadikan anda seorang 'photographer'. Saya memetik satu pepatah yang mengatakan "Owning a DSLR doesn't make you a photographer, it makes you a DSLR owner".


"Group Photo Seminar Saiful Nang, di ambil oleh Jenal Hending - dicilok dari Facebook"
Kata Saiful Nang,

"Never Do, Never Fail, Never Fail, Never Learn"

No comments: