supporters

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Konseptual Portraiture by Saluddin Ismail

Salam,

Untuk kedua kalinya saya berjaya menyertai kursus yang dianjurkan oleh 'Sifu Din' @ Saluddin Ismail daripada ArtCreative Photography (Johor). Saya amat kagum dengan kesanggupan beliau untuk datang ke Keningau, Sabah (jauh ni! merentas lautan) untuk bertemu dengan penggemar fotografi seterusnya menurunkan ilmu.

Bagi yang tidak mengenali Saluddin Ismail, beliau ialah wedding photographer untuk Mawi dan Ekin. (Wedding Of The Year 2008)
Tak kenal Ekin tak apa tapi korang mesti kenal MAWI punya lah hahaha.

Beliau juga amat mahir dengan portraiture, dan kerana itu lah workshop ini ialah mengenainya. Nama pun "konseptual portraiture workshop".

Saya amat mengagumi beliau kerana walaupun tidak menggunakan peralatan 'post processing' seperti 'laptop' berjenama Apple (yang diwar-warkan MESTI dimiliki oleh penggemar fotografi) tetapi beliau boleh menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Semasa 'workshop' tersebut, sifu Din sempat menunjukkan cara-cara beliau buat 'post processing'. Cepat, 'simple' tapi hasilnya luarbiasa.

Berikut ialah gambar-gambar yang saya 'shoot' semasa workshop tersebut. Sempat juga pinjam lens 'pujaan' hehe.









gambar-gambar lain akan di'upload' nanti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bro Mazlan (Gomogi Photography) kerana membawa sifu Din ke Keningau sekali lagi. Tidak lupa juga kepada 'make up artist' Ewans Touch, model-model "Yukey" & "Liselle" dan juga kawan-kawan yang sama-sama menghadiri 'workshop' tersebut.

Antara pengajaran penting yang saya dapat dalam 'workshop' tersebut ialah bersedia lah membawa persalinan extra semasa ke photoshoot! Hahahaha. Sifu Din siap berendam dalam air tu.
Saya lipat seluar sampai paras lutut saja. Kawan-kawan se'workshop' terutamanya yang perempuan pun siap masuk dalam air! Respek la :)

Semuanya pengalaman yang tidak akan saya lupakan, terima kasih dan semoga berjumpa lagi di lain 'workshop'.

Group Photo (di 'cilok' dari Facebook)

P.S: Terima kasih juga kepada 'kakak yang duduk sebelah sini' (tu pelayan di Bayangan Cafe cakap) yang tolong bayarkan makan dan minum saya semasa lepak di sana. Rezeki tu. Mesti ucap terima kasih. TQ ah :)

P.S.S: Kepada kawan-kawan yang mahukan 'plugin' Topaz DeNoise yang digunakan oleh Sifu Din untuk 'menghaluskan' kulit, anda boleh CLICK SINI.

No comments: