supporters

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

JPNC Pre Wedding III + Photo Critics


Salam, 

Selepas kejayaan "Street Camp" iaitu satu lagi outing untuk penggemar 'street photography' dijayakan oleh Jebat.Net Photography Community (JPNC), baru-baru ini JPNC telah berjaya menyelesaikan sesi 'photo critics' untuk sesi photoshoot "Pre Wedding III" pula.

Sesi "photo critics" tersebut diadakan di Studio Siti Payung, Universiti Malaysia Sabah dan dihadiri oleh lebih 30 orang ahli Jebat.Net dan juga individu yang meminati bidang fotografi.

Saya pula diberikan 'penghormatan' dan 'kepercayaan' oleh rakan-rakan dan presiden untuk menjadi salah seorang ahli panel bersama abang Jenal Hending (De'Love Studio) , Shamsul Adzrin (jurugambar 'freelance' otai - www.shamsuladzrin.com) dan Mohd Shukur (Positive Tone Photography).
Saya diminta untuk memberikan komentar berkaitan dengan 'presentation' atau 'post processing'. Perkataan yang kerap kali saya sebut semasa 'photo critics' tersebut ialah 'self preference' yakni setiap individu mempunyai pandangan yang berlainan bak kata pepatah Inggeris "Beauty Lies In The Eyes Of The Beholder".

Anda boleh melihat gambar-gambar yang mereka hasilkan melalui laman Facebook "Jebat.Net Photography Community


Terima kasih di atas pengalaman yang sungguh berharga ini!
Majulah Jebat.Net Photography Community melalui "Friendship through Photography"


[UPDATE]

07 April 2011

Keratan akhbar tempatan mengenai 'Pre Wedding III + Photo Critics'

No comments: