supporters

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

What I Learned in Saiful Nang's Workshop

Salam,

Saja berkongsi dan juga sebagai 'note to self'. Sebab saya ni pelupa.

Apa yang saya masih ingat (tulisan berikut ialah terbitan semula oleh kepala hotak saya - not 100% exact words from Saiful Nang)

1) Frasa-frasa ini, "foreground, subject, background", "keep things simple - less is more", "moment, ambient, detail",

2) "If you like to do weddings, do weddings, if you like portraitures, do portraitures and so on" - Bidang fotografi amat luas - Sila ceburi semua tapi kuasai satu (atau mungkin dua) sahaja.

3) "The basic stuff in photography is fundamental to learn" - Pastikan diri tahu 100% tentang benda-benda asas dalam fotografi seperti "shutter speed", "aperture", "ISO", "Rules Of Third" dan sebagainya. - Jika belajar sendiri kurang berkesan, dapatkan khidmat sifu. Go for workshops.

4) "Learn how to handle your camera" - Sifu Saiful Nang siap suruh tutup mata dan minta peserta kursus 'on'kan kamera dan set ISO ke 1600. - Personally, saya pusing dial hingga ke ISO 800 sahaja. FAILED! Hahaha. - Setiap masa amat berharga. Bagaimana kita pegang kamera dan menguasai setting menjimatkan masa, "moment" pun tak hilang.

5) "No repetitive shots" - Jangan ambil shot yang sama dari angle yang berlainan. 50 shots of a person posing a certain pose is still 1 shot.

6) "Dont steal shots" - Sila jaga maruah (pedas juga la haha). Bangga dengan shot yang kita olah sendiri. Kalau shoot portraiture, arah model untuk pose dan jadikan pose tersebut exclusive untuk anda SAHAJA.

7) "Shoot from your heart" - Shoot gambar dari hati. Jika kita ikhlas, hasilnya pasti menyentuh perasaan orang yang melihatnya.

8) "Don't ask your subject to pose. Ask them to act" - For portraitures yang menampakkan impak (not suitable for 'glam shots')

9) "If your subject is wood, make it a very nice wood" - Jangan salahkan subject kerana photographer bertanggungjawab 100% untuk direct subject.

10) "You must plan your shots before you go out and shoot" - Benda ni lebih kurang macam kata-kata 'beliau' saya iaitu "if you're going to chop down a tree, spend 3 hours sharpening the axe and 1 hour to chop it down".

11) "Show affection to your work" - Sila bersemangat supaya subject pun bersemangat. If you're passive then most likely your subject will be passive as well.

12) "Write down your ideas and keep it" - Idea akan sentiasa datang. Sila rekodkan untuk keperluan masa hadapan.

13) "Challenge yourself to be better" - Buat 'outing' atau 'photo essay' sekerap mungkin dan jalankan sesi critics. Jangan harapkan kita dapat maju dengan pujian.

14) "Tiada ubat yang manis" - Terima critics dan baiki kelemahan diri supaya dapat memajukan diri.

* Nota-nota ini akan saya 'update' jika saya ingat.

Setelah mengikut kursus bersama Saiful Nang, saya dapati apa yang saya dengar selama ini (khabar-khabar tentang Saiful) bukannya semua betul. Anda mesti mengenali seseorang itu sendiri sebelum judging. Walaubagaimanapun, saya hanya mengenali sifu Saiful Nang dalam masa yang singkat iaitu pertama kali apabila beliau singgah ke 'sesi makan-makan' yang dianjurkan oleh Jebat.Net Photography Community semasa beliau transit untuk ke Brunei.

Beliau merupakan seorang yang 'down to earth' , peramah dan tidak lokek ilmu. Selepas 'makan-makan' tu beliau siap bagi demo bagaimana cara beliau buat 'post processing' dengan menggunakan software Adobe Photoshop.

Kali kedua ialah semasa workshop ini. Saiful Nang ialah seorang yang tegas sebab beliau akan 'memarahi' seseorang dan cakap straight to the point jika tidak serius dalam workshop.
Saiful Nang seorang yang sincere sebab beliau tidak mahu bekas peserta menyertai bengkel yang sama. "If you're not serious in my workshop, I will be taking your money for nothing if you want to join again for the same workshop later". (not exact words, tapi something like that lah)

Seriously, apabila sampai masa untuk saya membuat 'photo essay' bersama seorang kawan, saya rasa saya sudah membuat yang terbaik. Jika bukan 100%, mungkin 90%. Tapi bila Saiful check gambar-gambar dalam kamera saya, beliau komen "Your pictures are flat. Your pictures should have a story line bla..bla..bla..".

Saya cuba 'make up excuses' dalam kepala hotak saya untuk menepis komen tersebut. Saya fikir dalam hati "photo essay memerlukan masa untuk dihasilkan". Even contoh yang Saiful Nang berikan semasa workshop dikatakan mengambil masa seminggu untuk dihasilkan.
Tetapi setelah melihat hasil "photo essay" rakan-rakan lain dalam sesi critics, saya terkedu dan kagum dengan kehebatan kawan-kawan se'workshop' yang dapat menghasilkan 'photo essays' yang hebat-hebat belaka. Seperti yang dijangka, "photo essay" saya mendapat komen yang paling 'kaw-kaw'.

Walaubagaimanapun dengan 'kejatuhan' itu, saya mendapat semangat baru. Saya akan cuba buktikan kepada Saiful Nang bahawa apa yang saya pelajari dalam workshop SLS/KK1 ini tidak akan sia-sia. I will practice-practice and practice.

Thanks for everything Saiful Nang!



* Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Jebat.Net Photography Community yang sudi menjemput saya ke workshop tersebut. Juga tidak dilupakan, semua jasa baik orang-perseorangan yang telah menolong saya sehingga dapat menyertai workshop ini.

3 comments:

silver said...

hadui suik2 kamu dkt kk bah.... lain kali sa sama c kal jalan jauh2 dr ko lani... hehehehe... pro sdah..selalu outing n kursus... sa yg beburuk d sini

cicak said...

sa yg paling kana komen kaw-kaw ari tu busss... bnyk yg mo d bljr. manada pro.
silap2 dia yg betapa ni sana hehe.

silver said...

ya sa betapa sampai beburuk...heheheh